MINYAK HABBATUS SAUDA EKSTRAK FRAKSI KAYA
Sawda UPM adalah minyak habbatus sauda (black seed oil) yang mengandungi lebih 5 kali ganda bahan aktif dan antioksida berbanding produk sama di pasaran.
Minyak Sawda UPM di ekstrak menggunakan sistem pengekstrakan yang pantas dan bersih iaitu melalui Supercritical Fluid (SFE). Melalui proses ini, minyak habbatus sauda yang dihasilkan adalah dalam kualiti yang terbaik.
Terdapat banyak khasiat yang terkandung di dalam minyak habbatus sauda Sawda UPM, yang umumnya dapat membantu meningkatkan mutu kesihatan secara optimum terutamanya dalam mengimbangi dan mengekalkan imunisasi (Daya Tahan Badan).
Kenapa Sawda UPM minyak habbatus sauda premium?
Pelbagai kaedah digunakan untuk menghasilkan (mengesktrak) minyak habbatus sauda. Antaranya adalah seperti penyulingan, perahan sejuk (cold-pressed), pengekstrakan menggunakan pelarut (solvent extraction), menggunakan haiwan ternakan untuk memerah minyak dan juga Supercritical Fluid Extraction (SFE).
Supercritical Fluid Extraction (SFE) merupakan satu teknologi pengekstrakan yang terkini dan moden. Teknologi Supercritical Fluid Extraction (SFE) telah dibangunkan oleh penyelidik di UPM iaitu Almarhumah Hajah Profesor Dr Maznah binti Ismail sejak tahun 2008.
Proses pengekstrakan minyak habbatus sauda melalui Supercritical Fluid Extraction (SFE) adalah secara fraksi kaya, dimana kandungan utamanya iaitu thymoquinone telah dipertingkatkan. Proses pengekstrakan ini telah dipatenkan di dalam dan luar negara.
Secara ringkasnya, ketika proses mengekstrak minyak habbatus sauda, antara sebatian bahan aktif yang utama iaitu thymoquinone (TQ) sangat mudah meruap ke udara. Namun, melalui teknologi sistem ekstrak Supercritical Fluid, kadar kandungan thymoquinone (TQ) dapat dikawal malah digandakan sehingga 5 kali berbanding proses ekstrak perahan sejuk (cold press).

Kelebihan sistem Supercritical Fluid (SFE) berbanding perahan sejuk (cold pressed)
- Mampu meningkatkan kadar kandungan antioksida sehingga 5 kali ganda.
- Proses ekstrak yang sangat pantas (5 kali lebih laju)
- Proses Ekstrak Berpiawaian
- Kandungan sebatian bioaktif & antioksida dalam julat maksima.
- Setiap kali ekstrak, kadar kandungan minyak habbatus sauda adalah terkawal walaupun sumber biji benih habbatus sauda datang daripada pelbagai negara.
- 99.99% tiada kontaminen kerana sistem tertutup (closed system).
- Tidak terdedah kepada ruang persekitaran ketika pemprosesan.
- Tidak terdedah kepada udara (melambatkan proses pengoksidaan).
- Mengekalkan kandungan antioksida dan mineral dengan tempoh yang lebih lama.

khasiat sawda upm
- Booster Imunisasi & Daya Tahan Badan.
- Mengurangkan Tekanan Oksidatif.
- Mencegah pelbagai penyakit kronik.
- Mencegah kanser bahaya.
- Mengandungi kadar antioksidan yang tinggi.
- Mengandungi ciri-ciri Anti-Penuaan Mengandungi ciri-ciri Anti-Bakteria.
- Membantu mencegah penyakit Alzheimer (penyakit lupa).
- Meningkatkan kualiti susu badan Ibu

ANTARA ANUGERAH DIMENANGI SAWDA UPM

senarai paten
- US8501250B2 (USA-GRANTED)
- CN101855330B (CHINA-GRANTED)
- PCT/NA2010/000670 (Egypt)
- 678/MUMNP/2010 (India)
- 2010-541510 (Japan)
- 0.9818643.0 (European Patent Office)
- 10111439.4 (Hong Kong)
- PI 20084925 (Malaysia)

antara testimoni sawda upm

Sawda UPM sesuai untuk siapa?
Sawda UPM sesuai di makan oleh semua lapisan peringkat umur, lelaki dan perempuan.
Adakah Sawda UPM boleh diambil oleh wanita hamil dan selepas bersalin?
Ya, boleh, tiada maslaah. Sawda UPM juga boleh membantu menambahkan dan memekatkan susu badan.
Jika ada gastrik, boleh makan?
Ya, Insha Allah boleh sahaja. Sebaiknya makan sesuatu dahulu, dan baru makan Sawda.
Adakah pesakit buah pinggang boleh makan?
Tidak boleh. Sila rujuk dengan pegawai perubatan untuk nasihat lanjut.
Adakah Sawda UPM boleh diambil oleh orang yang mengalami masalah kencing manis, darah tinggi dan penyakit-penyakit lain?
Sangat boleh. Kajian UPM ke atas minyak habbatus sauda melebihi 10 tahun khusus untuk masalah penyakit di atas.
Adakah Sawda UPM membantu menurunkan paras kolesterol?
Insha Allah boleh. Tempohnya bergantung kerana gaya kehidupan, diet pemakanan dan peringkat kesihatan setiap individu adalah berbeza.
Bolehkah Sawda UPM mengurangkan risiko sakit jantung?
InshaAllah boleh. Tempohnya bergantung kerana gaya kehidupan, diet pemakanan dan peringkat kesihatan setiap individu adalah berbeza. Tambahan pula, penyelidikan insentif dilakukan hampir 10 tahun.
Apa kandungan utama yang buatkan Sawda UPM baik untuk kesihatan?
Sawda UPM adalah 100% minyak fraksi kaya habbatus sauda tanpa sebarang campuran lain. Teknologi ekstrak berpiawaian dalam menggandakan antikosidan dan bahan aktif sehingga 5 kali ganda.
Minyak Sawda UPM menggunakan biji habbatus sauda dari mana?
Kami mengimport biji habbatus sauda dari Turki dan Sudan secara bulanan. Pembekal menyediakan dalam pembungkusan vakum dan disimpan dalam bilik dingin bagi mengekalkan jangka hayat serta kesegaran biji habbatus sauda.
Berapakah kandungan 1 Botol?
Kandungan : 60mL
1 Botol boleh tahan berapa lama?
Bergantung kepada kekerapan penggunaan. Umumnya lebih kurang 25-30 hari.
Apakah maksud minyak Sawda UPM Fraksi Kaya?
Minyak fraksi kaya adalah proses ekstrak berpiawaian menggunakan teknologi terkini iaitu Supercritical Fluid Extraction (SFE). Maka minyak habbatus sauda yang kami ekstrak sangat kaya dengan bahan aktif dan antioksidan yang membuatkannya sangat bagus dalam membantu masalah kesihatan kita.
Berapakah kandungan thymoquinone?
Secara purata antara 5-6%.
Bagaimana cara makan Sawda UPM?
Minyak Sawda bukan produk ubatan (farmaseutikal). Maka disarankan ambil ikut keselesaan badan. Cadangan pengambilan :-
🔸Bayi : 1 titis; sekali sehari.
🔸Kanak-kanak : 1-2 titis; 1-2 kali sehari.
🔸Dewasa : 2-3 titis; 2-3 kali sehari.
Boleh diambil sebelum atau selepas makan.