SOALAN SOALAN LAZIM (FAQ)

Ya, semua produk dijamin original. Kami tidak menjual produk tiruan.

Kami akan ship out dalam tempoh 24-28 jam, pada hari bekerja sahaja.

Waktu cut-off adalah pada jam 11 pagi. Namun, sekiranya warehouse kami sempat proseskan tempahan anda, ianya akan ship out hari yang sama.

Selepas ship out (biasanya kurier akan datang pungut di premis kami), proses serahan bergantung sepenuhnya dengan kurier.

Kami tidak boleh kawal selia syarikat kurier. Kebiasaannya, kurier akan cuba buat penghantaran (delivery) dalam tempoh 1-3 hari bekerja (Semenanjung); 2-7 hari bekerja (Sabah & Sarawak).

Sekiranya produk yang anda terima rosak (botol pecah, sachet pecah dan seumpama), anda boleh buat laporan kepada kami untuk gantian semula (replacement) atau pemulangan bayaran (full or partial refund).

Kami akan berhubung dengan syarikat kurier untuk mengenal pasti kesilapan yang berlaku.

Di pihak Halal2u.OS, warehouse akan sediakan bungkusan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh syarikat kurier. Namun adakalanya handling yang dilakukan oleh kurier, tidak menepati SOP mereka.

Laporan boleh dibuat melalui emel : support@halal2u.my

Maaf. Buat masa ini, semua tempahan di lakukan secara atas talian. Penghantaran sepenuhnya oleh kurier.

Namun, ada beberapa produk boleh self pickup. Sila whatsapp atau emel kami.