Mengungkap Rahsia Kulit Awet Muda: 5 Langkah Rutin Anti-Penuaan

mengungkap rahsia awek muda

Jangan mudah terpedaya dengan label skincare yang memaparkan penjagaan kulit anti-penuaan adalah untuk semua peringkat umur, jenis kulit dan warna kulit.

Ini kerana, setiap orang memerlukan formula penjagaan wajah yang bersesuaian agar dapat melindungi dan menguatkan penghalang kulit (skin barrier) sambil menangani tanda-tanda penuaan.

Apakah Penyebab Proses Penuaan Berlaku?

Proses penuaan berlaku adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu struktur kulit yang lemah dan juga skin barrier yang lemah.

anti aging anti penuaan

Seiring bertambahnya usia, struktur kulit kita akan menjadi lemah dek kerana penurunan protein dan lipid yang fungsinya adalah untuk menjaga keanjalan dan ketegangan kulit.

Usia juga akan menyebabkan skin barrier kulit menjadi lebih tipis dan mudah terdedah kepada faktor persekitaran lalu mengakibatkan kulit kehilangan kelembapan dan ketahanan semakin berkurang terhadap radikal bebas, pencemaran disekeliling, dan paparan sinar UV.

Akhirnya kulit akan kelihatan kusam, kering, kendur, dan mengalami dehidrasi yang boleh mempercepatkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan.

Bagaimana Untuk Menangani Proses Penuaan Ini?

glass skin tokyo organic skincare

Cara terbaik untuk mengatasi masalah proses penuaan ini adalah anda boleh mencuba produk penjagaan wajah Tokyo Organic yang dikhususkan untuk membantu meningkatkan keseimbangan lembapan kulit.

Seperti yang anda tahu, kulit yang kurang kelembapan adalah salah satu penyebab proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.

rosa-gallica

Siri Hidrasi Mawar Tokyo Organic atau lebih dikenali sebagai Tokyo Organic Rose Siries adalah bebas bahan kimia berbahaya dan mengandungi ramuan semula jadi yang hebat seperti madu, aloe vera dan rose.

tokyo organic rose serum rose mist gel moisturizer

Ianya juga dirumus dengan teliti menggunakan teknologi Jepun untuk mengembalikan fungsi semula jadi pelindung kulit. Masalah kulit yang di rawat dengan bahan semula jadi boleh membantu menyuburkan dan menggalakkan mikrobiom kulit dengan lebih sihat.

Ikuti 5 Langkah Berkesan Ini Untuk Mengembalikan Kecantikan Semula Jadi Kulit Anda!

(1) Membersihkan Wajah: Gunakan pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda untuk menghilangkan kotoran, minyak, dan sisa-sisa makeup yang tertinggal di kulit.

Rose Cleanser (Improved formula): Pembersih lembut dengan ramuan menakjubkan dari alam semula jadi.

tokyo organic rose cleanser improved formula

Fungsi: Membersihkan secara mendalam sambil menjadikan kulit segar dan lembap

Diperkaya dengan Aloe Vera & Madu untuk penghidratan yang lebih baik. Campuran bahan yang berkuasa ini membantu dalam melembapkan dan menenangkan kulit. Ditambah dengan haruman ros yang menarik dan tekstur yang ringan, pembersih mawar kami sesuai untuk kegunaan harian, menjadikan kulit anda kelihatan sihat.

(2) Toner: Gunakan toner setelah membersihkan wajah untuk mengembalikan pH kulit dan menyegarkan kulit Anda.

Rose Hydrating Toner Mist: Hadiah dari alam semula jadi, padat dengan tumbuhan botani yang diekstrak dari seluruh dunia.

tokyo organic rose toner mist

Fungsi: Meningkatkan kesihatan kulit dan berseri serta mengekal kelembapan.

Toner Mist yang anda mesti ada! Ia mengandungi ramuan pemenang anugerah, DEFENSIL®-SOFT yang telah terbukti secara saintifik dan klinikal dapat meningkatkan kesihatan kulit secara umum. Mengandungi enam ekstrak botani premium dari alam semulajadi, ianya dipilih hanya dari tempat terbaik dan sarat dengan vitamin yang mampu menyuburkan kesihatan kulit, melembab dan membantu meningkatkan fungsi pertahanan kulit.

(3) Serum: Serum dapat membantu mengatasi masalah kulit tertentu, seperti penuaan, hiperpigmentasi, atau dehidrasi.

Rose Serum: Senjata rahsia untuk merawat masalah kulit

tokyo organic rose serum

Fungsi: Melengkapi rejimen penjagaan kulit anda untuk mencapai kulit yang sempurna.

Diformulasikan dengan 10 jenis tumbuhan botanikal yang mampu memberi penghidratan yang secukupnya kepada kulit sekaligus menjadikan kulit lebih anjal dan berseri. Teksturnya yang ringan sangat mudah menyerap ke dalam lapisan kulit.

(4) Pelembap: Gunakan pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit anda untuk menjaga kelembapan dan menghaluskan kulit.

Rose Hydra Gel Moisturizer: Pelembab gel berasakan air yng tidak menyumbat pori-pori anda.

tokyo organic gel moisturizer

Fungsi: Melembabkan serta merta tanpa rasa berminyak.

Tidak seperti krim, Gel Pelembab Hidra Mawar Tokyo Organic mengandungi agen penarik air yang tinggi dan oklusif (agen pelembap) yang tidak tebal, menjadikannya tekstur ultra-ringan yang menyerap ke dalam kulit serta-merta. Mengandungi bahan-bahan yang menenangkan, mencerahkan dan membaiki, serta rendah potensi merengsa, ia lebih daripada sekadar melembapkan.

(5) Penapis Sinaran Matahari: Jangan lupakan langkah penting ini! Gunakan penapis sinaran matahari dengan SPF yang sesuai untuk melindungi kulit anda dari sinar UV yang berbahaya.

Rose UV Suncare: Perlindungan matahari dan khasiat kulit yang terbaik

tokyo organic rose uv suncare

Fungsi: Nikmati manfaat matahari tanpa bimbang tentang kesan kemudaratan yang boleh berlaku pada kulit anda!

Pelindung matahari kami padat dengan bahan semula jadi yang berkuasa untuk membantu menenangkan dan melembapkan kulit. Ia diperkaya dengan Aloe Vera dan Madu untuk penghidratan yang lebih baik dan melicinkan kulit. Tekstur yang tidak berminyak dan ringan menjadikannya mudah disapu, cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan putih.

Natural, Organic Dan Selamat Pada Kulit

Full-Bloom

Kulit wajah perlu dijaga dengan baik. Oleh itu gunakan hanya bahan-bahan yang selamat dan natural untuk kulit yang lebih sihat dan cantik.

Berminat untuk dapatkan siri rangkaian hidrasi Tokyo Organic?

Tokyo Organic

ROSE CLEANSER

RM59.00
Buy now
Out of stock

Tokyo Organic

ROSE CLEANSING MOUSSE

RM79.00
Out of stock

Tokyo Organic

ROSE GEL MOISTURIZER

RM69.00

Tokyo Organic

ROSE HYDRATING TONER

RM119.00
Buy now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *