minuman kesihatan orygold-upm
Orygold-UPM adalah produk minuman kesihatan berasaskan beras perang cambah (germinated brown rice) dan juga beras perang (brown rice). Kajian secara saintifik sejak tahun 2008 yang telah diketuai oleh Almarhum Hajah Profesor Dr Maznah binti Ismail memfokuskan minuman Orygold-UPM dalam membantu menurunkan paras kolesterol dan membantu masalah kencing manis (diabetes).
Inovasi yang dibangunkan oleh Almarhumah Profesor Maznah adalah dalam penghasilan beras perang cambah (germinated brown rice), di mana apabila beras perang dicambahkan pada parameter tertentu, ianya akan menghasilkan kandungan bahan aktif, nutrisi dan mineral sebanyak 2 kali ganda berbanding beras perang biasa.
Umumnya pula, beras perang (brown rice) biasa mengandungi sehingga 4 kali ganda nutrisi dan mineral berbanding beras putih.
Minuman Orygold mengandungi khasiat semulajadi yang sangat bagus:-
- 2x kali ganda lebih banyak nutrisi dan antioksida berbanding beras perang biasa.
- 10x kali ganda lebih baik khasiatnya berbanding beras putih.
- Orygold kaya dengan antioksida.
Penyediaan Orygold sama sahaja seperti beras putih. Malah Orygold lebih lembut dan gebu berbanding beras putih. Yang paling menarik dan penting, Orygold mampu:-
- Mencegah kencing manis.
- Membantu menurunkan paras kolesterol badan.
- Membantu masalah kardiovaskular.
- Melambatkan & mencegah penyakit Alzheimer (nyanyok).
- Meningkatkan daya ingatan.
- Melambatkan proses penuaan (anti-aging).
Mengapa Orygold ada kemampuan ini. Ini adalah kerana Orygold mengandungi antioksida yang unik iaitu gamma aminobutyric acid (GaBA) dan Oryzanol.
penerangan ringkas oleh almarhumah profesor dr maznah ismail

TESTIMONI DAN FEEDBACK

Apakah minuman Orygold ini?
Orygold adalah minuman kesihatan premium yang mana ramuan utamanya adalah beras perang cambah (Germinated Brown Rice). Teknik penghasilan beras perang cambah ini telah melalui kajian saintifik selama lebih 10 tahun yang diketuai oleh Almarhumah Profesor Dr Maznah binti Ismail dari Universiti Putra Malaysia.
Apakah khasiat yang terkandung di dalam minuman Orygold?
Beras Perang Cambah yang terkandung di Orygold kaya dengan antioksida poten seperti gamma-aminobutyric acid (Gaba), Oryzanol dan Acetyl Sterile Glucoside (ASG). Antara khasiat antioksida ini adalah :-
🔸 Oryzanol : Membantu menurunkan kadar kolesterol
🔸 ASG : Memberi kesan Antidiabetik
🔸 GABA : Memberi kesan ketenangan
Ada berapa perisa minuman Orygold?
Boleh Orygold bantu turunkan kolesterol?
Insha Allah boleh. Biasanya kurang dari 7 hari. Secara purata antara 2-5 minggu. Paling bagus kesannya apabila minum Orygold selama 30 hari.
Apakah yang istimewa sangat sampaikan Orygold boleh turunkan kolesterol?
Minuman Orygold dibuat dari beras perang cambah (germinated brown rice). Ada banyak enzim hebat seperti GABA, Oryzanol, ASG.
Perlukah ada sebarang diet khas/pantang larang jika minum Orygold?
Tiada. Boleh makan seperti biasa selepas minum Orygold.
Siapa yang sesuai minum?
Sesuai untuk semua lapisan peringkat umur, lelaki & perempuan. Untuk kanak-kanak disyorkan umur 1 tahun keatas.
Orang mengandung dan selepas bersalin boleh minum?
Boleh. Orygold dapat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh ibu yang menyusu disamping dapat memperbanyakkan & memekatkan susu badan.
Orang yang ada penyakit boleh minum? (seperti gout, darah tinggi dsb)
Boleh. Namun perlu berhati hati dengan kandungan gula. Sekiranya mempunyai penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, disarankan untuk mengambil perisa Orygold tanpga gula tambahan.
Saya ada kencing manis, macam mana ya?
Jangan bimbang. Minuman Orygold ada dalam perisa tanpa gula tambahan.
Berapakah kandungan gula di dalam minuman Orygold?
🔸 Perisa Vanila : 8.4gm per sachet (30gm)
🔸 Perisa Vanila tanpa gula tambahan : 4gm per sahcet (30gm)
🔸 Perisa Koko : 8.2gm per sachet (30gm)
Saya telah buat by-pass jantung dan pembedahan, boleh minum?
Boleh. Tiada masalah.
Minum Orygold boleh bantu kuruskan badan?
Boleh. Biasanya apabila anda minum Orygold, ia akan menyebabkan kenyang atau pertambahan kekerapan buang air besar. Maka anda akan kurang makan atau portion makanan berkurangan. Secara purata akan bantu kurangkan berat badan antara 1kg-5kg sebulan.
Bila kena minum Orygold?
Digalakkan minum 2x setiap hari (pagi & petang / malam). Jika tidak berkesempatan, minum 1x sehari sewaktu sarapan sudah memadai.
Minum sebelum atau selepas makan?
Sebaiknya minum sebelum makan.
Cara bancuh?
Guna cawan saiz biasa (230ml – 330ml). Boleh bancuh dengan air suam, air panas atau air sejuk. Kacau hingga sebati.
Sekotak Orygold ada berapa sachet?
Setiap kotak mengandungi 12 sachet. 1 sachet (30 gram), sesuai untuk 1 cawan 230ml – 330ml).
Adakah Orygold mempunyai pensijilan Halal Jakim dan Lulus KKM?
Ya, produk minuman Orygold mendapat sijil Halal Jakim dan kelulusan KKM BKMM). Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM (BPFK) yang memerlukan nombor MAL dan NOT. Minuman Orygold didaftarkan di Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).